ISI KANDUNGAN1. PENGENALAN PRODUK2. PILIHAN VOLTAGE BATERI3. PILIHAN KAPASITI BATERI4. FUNGSI & BAHAGIAN BATERI5. PANDUAN PAPARAN VOLTAGE6. CARA SAMBUNGAN 7. PANDUAN CHARGING BATERI8. PERSEDIAAN TRIP MEMANCING A. SEBELUM MEMULAKAN TRIP MEMANCING B PANDUAN PENGGUNAAN SEMASA TRIP C. PENJAGAAN SELEPAS PENGGUNAAN D. PANDUAN PENYIMPANAN BATERI E. LANGKAH KESELAMATAN F. TIPS PENJAGAAN & KETAHANAN BATERI G. TROUBLESHOOTING9. JAMINAN & KHIDMAT SOKONGANTAMBAHAN:- DOS & DON’TS
- FAQ (SOALAN LAZIM) HMB ELECTRIC REEL
- WARANTI & KHIDMAT SELEPAS JUALAN
- SKOP WARANTI
- PERKARA YANG TIDAK DILINDUNGI
1.PENGENALAN PRODUKHMB Electric Reel Battery merupakan sistem kuasa portable profesional yang direka khas untukkegunaan electric reel.Sesuai digunakan untuk :✔ Shimano Electric Reel✔ Daiwa Electric Reel✔ Miya Epoch Electric ReelSangat sesuai untuk:- Laut dalam
- Trip memancing berhari
- Offshore fishing
2. PILIHAN VOLTAGE BATERIBATERI 12V : MiyaBATERI 14V : Daiwa atau Shimano Direka khas untuk keperluan kuasa lebih tinggi dan penggunaan profesional.⚠ Pastikan voltage bateri sesuai dengan spesifikasi mesin reel anda.3. PILIHAN KAPASITI BATERI20AH - Sesuai untuk :✔ Trip 2 Hari 1 Malam✔ Mudah dibawa & ringan 0.55-0.65kgAnggaran masa charging: ⏰ 6 – 8 Jam60AH - Sesuai untuk :✔ Trip 4 Hari 3 Malam✔ Mudah dibawa & ringan 1.2kgAnggaran masa charging: ⏰ 10 – 14 Jam⚠ Masa charging bergantung kepada baki bateri, charger dan keadaan bekalan elektrik.4.FUNGSI & BAHAGIAN BATERI1. DIGITAL VOLTAGE DISPLAY Digunakan untuk :- Melihat bacaan voltage semasa
- Memantau baki kuasa bateri
- Memastikan keadaan bateri berada pada tahap optimum
2. DUAL USB OUTPUT Boleh digunakan untuk : ( refer pada seller jika ingin digunakan selain charge hp )- Telefon bimbit
- Lampu USB
- Kipas mini
- Peranti USB lain
3. TERMINAL POSITIF (+) & NEGATIF (-)Direka untuk sambungan electric reel yang stabil dan selamat.⚠ Sambungan terminal yang salah warna boleh menyebabkan kerosakan pada bateri atau electric reel.5. PANDUAN PAPARAN VOLTAGECara Semakan Voltage1. Tekan butang ON / CHECK2. Bacaan voltage akan dipaparkan pada skrin3. Rujuk tahap voltage seperti berikut:================================SISTEM 12V ( PENGGUNA MIYA )================================- Bacaan Voltage 12.6V – 12.4V
Status Bateri Penuh (Full)- Bacaan Voltage 12.3V – 12.0V
Status Bateri Normal- Bacaan Voltage 10.9V-10.6V
Status Bateri Rendah (Low)- Bacaan Voltage Bawah 10.6V
Status Bateri Perlu Cas Segera⚠ Disarankan cas sebelum bawah 11.6V untuk jaga jangka hayat bateri.===============================SISTEM 14V ( PENGGUNA DAIWA /SHIMANO )===============================- Bacaan Voltage 16.8V-16.6V
Status Bateri Penuh (Full)- Bacaan Voltage 14.1V – 13.6V
Status Bateri NormalStatus Bateri Rendah (Low)- Bacaan Voltage Bawah 13.5V
Status Bateri Perlu Cas Segera⚠ Disarankan cas sebelum bawah 13.0V untuk jaga jangka hayat bateri.⚠ Elakkan penggunaan sehingga bateri habis 0% bagi menjaga jangka hayat bateri.6. CARA SAMBUNGAN Langkah Sambungan1. Pastikan suis bateri dalam keadaan OFF2. Sambungkan kabel merah ke terminal (+)3. Sambungkan kabel hitam ke terminal (-)4. Pastikan sambungan ketat dan kemas5. Hidupkan suis bateri⚠ Sambungan terbalik boleh menyebabkan:- Short circuit
- Kerosakan electric reel
- Fuse terbakar
7.PANDUAN CHARGING BATERICara Charging1. Pastikan suis bateri OFF2. Sambungkan charger ke port charging bateri3. Plug charger ke soket elektrik4. Lampu indicator charger :Merah = Sedang ChargingHijau = Charging Penuh5. Setelah selesai:✔ Cabut plug elektrik terlebih dahulu✔ Kemudian cabut charger dari bateri- PANDUAN PENTING KETIKA CHARGING
✔ Gunakan charger original HMB sahaja✔ Charge di tempat kering dan mempunyai pengudaraan baik✔ Letakkan bateri di atas permukaan rata⚠ Jangan :- Charge berhampiran api atau haba
- Menutup bateri ketika charging
- Charge atas tilam atau sofa
- Menggunakan charger rosak
- Charge ketika bateri basah
8. PERSEDIAAN SEBELUM TRIPa) Sebelum memulakan trip memancing:✔ Cas penuh bateri✔ Periksa bacaan voltage✔ Pastikan terminal bersih✔ Pastikan sambungan kabel kemas✔ Simpan dalam waterproof protective bagPersediaan yang baik membantu memastikan prestasi maksimum sepanjang trip.b) PANDUAN PENGGUNAAN SEMASA TRIPUntuk memastikan prestasi terbaik:✔ Elakkan terkena air laut terlalu lama✔ Letakkan bateri di tempat stabil dan kering✔ Elakkan menarik kabel secara kasar✔ Pantau bacaan voltage secara berkala✔ Elakkan hentakan kuat⚠ Air laut boleh menyebabkan terminal berkarat dan mengurangkan prestasi bateri.c) PENJAGAAN SELEPAS PENGGUNAANSelepas selesai penggunaan:1. Matikan suis bateri2. Cabut semua sambungan kabel3. Lap bateri menggunakan towel yang disediakan4. Bersihkan terminal bateri5. Cas semula (50%) sebelum penyimpanan 2hari atau 3 hari sekali on suis kecil bagi selbateri bekerja.Jika terkena air laut:- Lap menggunakan kain sedikit lembap
- Keringkan sepenuhnya sebelum simpan
D) PANDUAN PENYIMPANAN BATERISimpan bateri di:✔ Tempat kering✔ Suhu bilik✔ Kawasan tidak lembap✔ Jauh daripada cahaya matahari dan habaJika tidak digunakan dalam tempoh lama:✔ Cas sekurang-kurangnya 2 minggu sekali⚠ Boleh gunakan bateri untuk charge telefon bimbit secara berkala.Penyimpanan yang betul membantu mengekalkan prestasi dan jangka hayat bateri.E) LANGKAH KESELAMATAN⚠ Jangan rendam bateri dalam air⚠ Jangan buka casing bateri sendiri⚠ Jangan dedahkan kepada haba melampau atau api⚠ Jangan gunakan charger tidak sesuai⚠ Jangan sentuh terminal dengan tangan basah⚠ Jauhkan daripada kanak-kanakHentikan penggunaan segera jika :- Bateri terlalu panas
- Terdapat bau pelik
- Berlaku kerosakan fizikal
F) TIPS PENJAGAAN & KETAHANAN BATERIUntuk memanjangkan jangka hayat bateri:✔ Cas selepas setiap penggunaan✔ Elakkan bateri habis sepenuhnya✔ Gunakan charger original sahaja✔ Bersihkan terminal secara berkala✔ Simpan dalam tempat terbuka ( suhu bilik )✔ Elakkan overcharge terlalu lama✔ Jauhkan daripada haba melampauPenjagaan yang baik membantu memastikan prestasi bateri sentiasa optimum.G) TROUBLESHOOTING- Bateri cepat habis
- Pastikan cas penuh sebelum penggunaan
- Kurangkan penggunaan USB berlebihan
- Bacaan voltage tidak stabil
- Periksa sambungan terminal
- Bersihkan terminal bateri
- Bateri terlalu panas
- Hentikan penggunaan sementara
- Biarkan bateri sejuk sebelum digunakan semula
9. JAMINAN & KHIDMAT SOKONGANTerima kasih kerana memilih HMB Electric Reel Battery.Sokongan anda memberi semangat kepada kami untuk terus menyediakan produk kuasaportable berkualiti tinggi khas untuk komuniti pemancing.TAMBAHAN=================================1.DOS & DON’TS=================================✔ DOS (WAJIB DILAKUKAN)1. Cas bateri sehingga penuh sebelum setiap trip2. Gunakan hanya charger original HMB3. Simpan bateri dalam waterproof bag semasa trip4. Lap bateri selepas terdedah kepada air atau kelembapan5. Semak bacaan voltage sebelum dan semasa penggunaan6. Pastikan terminal bersih sebelum sambungan7. Letakkan bateri di tempat stabil semasa digunakan8. Matikan suis bateri sebelum menyambung atau mencabut kabel9. Cas semula bateri selepas setiap penggunaan10. Simpan di tempat kering dan suhu bilik11. Gunakan mengikut kapasiti voltage yang ditetapkan (12V / 14V)12. Pantau penggunaan USB secara berkala13. Gunakan kabel sambungan yang berkualiti14. Pastikan sambungan terminal ketat dan stabil15. Gunakan di kawasan pengudaraan yang baik16. Periksa keadaan bateri sebelum setiap trip17. Elakkan penggunaan berlebihan secara berterusan tanpa rehat18. Keringkan bateri sepenuhnya jika terkena air19. Gunakan sesuai dengan jenis electric reel yang betul20. Simpan bateri dengan baki cas sederhana jika tidak digunakan lama✘ DON’TS (PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN)1. Jangan rendam bateri dalam air laut atau air tawar2. Jangan reverse sambungan terminal (+ / -)3. Jangan gunakan charger selain yang dibekalkan4. Jangan biarkan bateri overcharge terlalu lama5. Jangan jatuhkan atau hentak bateri dengan kuat6. Jangan buka atau ubah suai casing bateri7. Jangan guna bateri jika terdapat kerosakan fizikal8. Jangan simpan bateri dalam keadaan kosong terlalu lama9. Jangan letak bateri di bawah cahaya matahari terus10. Jangan guna peralatan yang melebihi kapasiti bateri11. Jangan biarkan terminal terkena air laut tanpa dibersihkan12. Jangan guna sambungan kabel yang rosak atau longgar13. Jangan cas menggunakan charger tidak sesuai atau tidak original14. Jangan gunakan bateri sehingga completely kosong (0%)15. Jangan simpan dalam kereta dalam keadaan panas16. Jangan tutup bateri semasa proses charging17. Jangan guna bateri jika terdapat bau terbakar atau panas luar biasa18. Jangan biarkan sambungan terminal bersentuhan dengan besi19. Jangan gunakan untuk tujuan selain electric reel / USB output20. Jangan biarkan bateri terjatuh ke permukaan keras atau berbatu2.FAQ (SOALAN LAZIM) HMB ELECTRIC REEL1. Boleh guna untuk semua jenis electric reel?Ya, boleh digunakan untuk kebanyakan electric reel seperti Shimano, Daiwa dan Miya Epochmengikut voltage yang sesuai (12V / 14V).2. Apa beza bateri 12V dan 14V?14V untuk Shimano & Daiwa, manakala 12V untuk Miya Epoch dan reel berkuasa tinggi.3. Berapa lama bateri boleh tahan semasa trip?20AH: ± 2 hari 1 malam60AH: ± 4 hari 3 malam(bergantung kepada penggunaan)4. Berapa lama masa untuk cas penuh?20AH: 6 – 8 jam60AH: 10 – 14 jam5. Boleh guna sambil charging?Tidak digalakkan kerana boleh mengurangkan jangka hayat bateri.6. Kenapa voltage turun semasa guna?Ini normal kerana bateri sedang menyalurkan tenaga mengikut beban penggunaan.7. Boleh guna untuk charge telefon?Ya, bateri dilengkapi dual USB output untuk pengecasan peranti kecil.8. Kenapa USB tidak berfungsi?Periksa suis ON, sambungan terminal dan pastikan bateri mempunyai cukup voltage.9. Boleh guna dalam hujan?Boleh jika menggunakan waterproof bag, tetapi tidak boleh terkena air secara terus.10. Boleh rendam dalam air?Tidak boleh kerana boleh merosakkan sistem dalaman bateri.11. Boleh cas semalaman?Boleh, tetapi tidak digalakkan selalu untuk elakkan overcharge jangka panjang.12. Kenapa bateri cepat habis?Biasanya disebabkan penggunaan heavy reel, penggunaan lama atau USB berlebihan.13. Boleh guna charger lain?Tidak digalakkan. Gunakan hanya charger original HMB.14. Apa jadi kalau sambung terminal terbalik?Boleh menyebabkan short circuit, kerosakan bateri atau kerosakan reel.15. Boleh simpan dalam kereta?Tidak digalakkan kerana suhu panas boleh merosakkan sel bateri.16. Kenapa bateri panas semasa guna?Sedikit panas adalah normal, tetapi jika terlalu panas perlu hentikan penggunaan.17. Boleh guna tanpa waterproof bag?Boleh, tetapi sangat tidak digalakkan kerana risiko air laut dan kelembapan.18. Apa perlu buat jika bateri tidak ON?Periksa sambungan terminal, pastikan bateri dicas, dan semak sistem perlindungan.19. Adakah bateri ini perlu servis berkala?Tidak perlu servis berkala, tetapi perlu penjagaan, pengecasan dan penyimpanan yang betuluntuk kekalkan prestasi.3. WARANTI & KHIDMAT SELEPAS JUALANHMB Portable menyediakan waranti terhad bagi memastikan setiap pelanggan menerima produkdalam keadaan baik serta berfungsi seperti yang dinyatakan.Sepanjang tempoh waranti yang sah, pelanggan berhak menerima:- Servis pembaikan (repair service)
- Pemeriksaan teknikal
- Sokongan teknikal berkaitan penggunaan produk
- Penggantian komponen (tertakluk kepada penilaian kerosakan)
4. SKOP WARANTIWaranti meliputi kerosakan teknikal yang berlaku akibat:- Kecacatan pembuatan (manufacturing defect)
- Masalah fungsi normal bateri
- Kegagalan sistem dalaman di bawah penggunaan normal
5. PERKARA YANG TIDAK DILINDUNGIWaranti tidak meliputi kerosakan akibat:- Salah guna produk (misuse)
- Jatuh, hentakan atau kerosakan fizikal
- Kemasukan air atau rendaman air
- Sambungan terminal yang salah
- Penggunaan charger tidak original
- Pembaikan oleh pihak tidak bertauliah
NOTA PENTING
Servis dalam tempoh waranti tertakluk kepada terma dan syarat HMB Portable. Selepas waranti tamat, caj pembaikan akan dikenakan mengikut jenis kerosakan.
PENUTUP
Pembelian dianggap sebagai persetujuan pelanggan terhadap terma waranti dan polisi HMB Portable. Kami komited memberikan sokongan selepas jualan yang profesional dan berterusan.